"Giving students greater freedom could lead to disastrous consequences as exemplified by the situation in Indonesia. This would, in turn, create political instability and economic pitfalls because foreign investors would be afraid to invest in a tumultuous climate.
These are the reasons why the controversial University and University Colleges Act 1971 (UUCA) must not be repealed, according to Universiti Malaya’s (UM) pro-government students representative council president Mohd Effendi Omar." [read here]
Komen saya:
Saya amat kesal atas hujah yang diberi oleh seorang pemimpin Mahasiswa yang dihormati dan diberi kepercayaan sebagai Mahasiswa yang berkualiti dan cemerlang untuk memimpin warga Universiti.
Semakan atau pemansuhan AUKUU tidak semestinya menyebabkan piket dan rusuhan di Indonesia (adakah betul-betul rusuhan?). Banyak lagi faktor lain yang lebih utama mengapa Mahasiswa berpiket. Pada tahun-tahun 70-an, para pelajar di Afrika Selatan telah berhimpun untuk membantah polisi menjadikan bahasa African (bahasa yang diperkenalkan oleh penjajah) sebagai bahasa kebangsaan dan wajib dalam pelajaran. Demonstrasi ini telah merupakan titik permulaan perjuangan rakyat kulit hitam di Afrika Selatan menentang dasar apartheid. Rakyat tidak akan merusuh tanpa sebab. Mahasiswa sebagai golongan terpelajar tidak akan bertindak tanpa rasional (kecuali segelintir - tetapi setiap perkara ada kekecualiannya). Akar umbi demonstrasi, perhimpunan dsb mesti disiasat. Secara amnya, semua ini disebabkan oleh:
1. ketidakpuashatian terhadap sesuatu isu oleh pihak berkuasa
2. tiada saluran sah ingin memberi keadilan kepada pihak yang tidak puas hati.
Saudara Mohd. Effendi, jikalau saudara mewakili semua Mahasiswa Universiti Malaya tentu UM bukan sebaik seperti yang diperkatakan.
-------------------------
"If government leaders think the act should be reviewed, then review it, if not, there is no need to review it. We don't have any suggestions, let the leaders decide ,” he said in an interview with malaysiakini today.
Asked how the council could protect the welfare of students if they do not give suggestions, Sulhairil claimed that the students were ‘not qualified’ to do so.
"As students, we are not in the position to give suggestions. Only the leaders can do that because it involves the law. We believe the leaders always think of the students' welfare." [read here]
-------------------------
Adakah ini hasil keluhan ibu bapa di kampung bekerja kuat bagi menampung pengajian anak-anak ke menara gading? Mahasiswa dahulunya merupakan penggerak bangsa dan negara, suara lantang masyarakat. Mahasiswa kini hanya berupa saluran propaganda pihak-pihak tertentu. Kepercayaan masyarakat umumnya dan keyakinan ahli keluarga khususnya terhadap Mahasiswa yang dibiayai belajar ke peringkat tertinggi di Universiti-universiti terbaik di Malaysia telah terbelot gara-gara kebutaan dalam hati Mahasiswa sendiri yang bertindak bukan mengikut rasional akal minda mahupun suara hati perikemanusian tetapi menjadi boneka bersuara yang mengulangi pendapat orang lain tanpa kritis.
Adakah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) sebegitu indah seperti yang diperkatakan oleh kedua-dua saudara pemimpin pelajar tersebut? Adakah peraturan-peraturan pilihan raya kampus demokratik dan saksama? Adakah pentadbiran Universiti dan Kolej Universiti secara menyeluruhnya memuaskan?
Isu AKUU bukan sekadar isu Mahasiswa tidak boleh berpiket. Ianya berkaitan dengan pentadbiran dan pembanguan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sebagai contoh, pelantikan Dekan, Timbalan Dekan, Pengarah Akademi diletakkan di bawah kuasa mutlak Naib Cancelor (NC) - (re AKUU Jadual Pertama (seksyen 8) Artikel 18(3) & (4)). Dekan, Timbalan Dekan, Pengarah Akademi dilantik selama tidak lebih daripada 4 tahun dan perlantikkan boleh diperbaharui. Bagi NC pula, tempoh perlantikan tidak dinyatakan dalam Akta. Tempoh perkhidmatan NC terletak dalam kuasa Menteri. Keadaan ini
1. Kedudukan NC terikat dan bergantung kepada Menteri. Ini akan menjejaskan kebebasan (independence) NC dalam melaksanakan tugas beliau. Jika tempoh kuasa NC dinyatakan dengan jelas dalam Akta, contohnya 5 tahun dan boleh diperbaharui, NC tidak tertunduk kepada "kuasa budi bicara" Menteri dan boleh menjalankan tugas dengan kebebasan yang lebih luas.
2. Perlantikan ketua-ketua fakulti, akademi, pusat (contoh Dekan, Pengarah) patut diletakkan di bawah semakan kuasa Senat yang berupa badan akademik Universiti. Di bawah aturan sedia ada, seseorang NC, yang mungkinnya diberi kuasa untuk tempoh "selama-lama" (iaitu, tempoh yang panjang) akan memilih ketua fakulti, akademi, pusat untuk tempoh tidak lebih daripada 4 tahun. Pembaharuan perkhidmatan ketua fakulti, akademi, pusat akan bergantung kepada NC. Sekali lagi ini jelas menjejaskan kebebasan pentadbiran ketua fakulti, akademi, pusat. Kebebasan ini bukan hanya kebebasan membuat polisi bagi sesebuah fakulti, tetapi juga kebebasan akademik seperti kelulusan projek, pencetakan laporan/buku/thesis akademik dan penyelidikan. Bagi sebuah institusi pengajian tinggi, tahap kebebasan yang tinggi terutamanya dari segi akademik adalah penting bagi menjamin kesinambungan dan pembanguan institusi tersebut.
Isu kedua ialah berkaitan dengan "Authoriti" atau "Pihak Berkuasa" Universiti. Dalam AUKUU, ini dimaktubkan di bawah Jadual Pertama, Artikel 12 dan Authoriti Universiti terdiri daripada Badan Pengarah, Senat, Fakulti, Pusat Pengajian, Pusat , Akademi, Institusi, Jawatankuasa Pengajian (studies committee), Jawatankuasa Pemilihan, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa dsb. Persoalannya, mengapa Majlis Perwakilan Mahasiswa yang ditubuhkan di bawah Artikel 48 tidak diberi taraf tersebut. Universiti bukannya ditubuhkan untuk NC atau Senat atau Badan Pengarah. Universiti ditubuhkan untuk Mahasiswa. Dan Mahasiswa bukannya budak-budak mentah yang tidak berakal. Segala keputusan, polisi dan aktiviti Universiti termasuk NC, Senat, Badan Pengarah dan sbg akan MENJEJASKAN Mahasiswa. Sebagai contohnya, Timbalan Naib Canselor (TNC) yang tidak mampu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris memberi ucapan di arena antarabangsa. Orang luar akan menganggap taraf Universiti adalah seteruk-teruk ucapan TNC tersebut. Polisi seperti belanjawan, kebajikan, pembangunan infrastructur semuanya akan memberi kesan kepada kehidupan Mahasiswa. Adalah tidak keterlaluan jikalau dicadangkan bahawa Majlis Perwakilan Mahasiswa yang dilantik secara demokratik atas kemahuan sepakat para mahasiswa diberi lebih kuasa untuk mempengaruhi pentadbiran Universiti. Kini, dan bercakap sebagai bekas ahli Majlis Perwakilan, badan mahasiswa ini hanya mampu memberikan memorandum dan menghantar surat mengemis simpati pihak "Atasan" jikalau hendak menyuarakan pendapat Mahasiswa tentang keadaan Universiti.
Ini hanya merupakan dua isu dalam AUKU. Terdapat banyak lagi masalah tentang akta tersebut. Wajar bagi Parlimen membentuk jawatankuasa menkaji semula dasar-dasar dalam AUKU yang tidak adil, yang melayan Mahasiswa sebagai warga negara kelas kedua, yang membantutkan pembangunan institusi pengajian tinggi di negara kita dan mencemar dan menghina kemanusian, kematangan dan kebolehan SETIAP Mahasiswa.
Suadara Sulhairil Hafiz Sulaiman mengaku bahawa beliau tidak layak (not qualified) untuk memberi cadangan bagi pembangunan dan kebajikan Mahasiswa. (baca di atas) Cadangan saya kepada beliau ialah, letak jawatan. Saya percaya ramai pemimpin-pemimpin pelajar yang mempunyai keyakinan dan kelayakan untuk memberi cadangan-cadangan matang bagi pembangunan Mahasiswa.
